Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: PN lancar manifesto Ahad ini. -

PRN Melaka: PN lancar manifesto Ahad ini.

PERIKATAN Nasional (PN) akan melancarkan manifesto pakatan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ahad ini, kata Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Kempen PN bagi PRN Melaka Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham atau Che’gu Bard berkata manifesto yang antara lain berjanji untuk mewujudkan kerajaan stabil di Melaka dan antirasuah itu akan dilancarkan secara hibrid oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Untuk memastikan standard operasi prosedur (SOP) dipatuhi, ia diumumkan secara hibrid,” katanya kepada ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun Badrul Hisham berkata waktu pelancaran manifesto tersebut belum dimuktamadkan.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Sementara itu, Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata manifesto PN yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 5 petang di Shah Alam, Selangor, Ahad ini.

Katanya manifesto itu juga akan meliputi segenap aspek dan lapisan masyarakat pelbagai kaum di Melaka.

Setakat ini, gabungan besar parti politik seperti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan manifesto masing-masing pada Rabu (10 Nov) lepas sementara Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dijangka melancarkan manifestonya minggu depan.

— BERNAMA