KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kenyataan akhbar yang mengatakan bilik gerakan parti Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas ditutup adalah palsu.
Kenyataan palsu yang tersebar di media sosial itu mendakwa berlakunya kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.
Bagaimanapun KKM menerusi laman Facebook rasmi mereka mengesahkan kenyataan akhbar itu palsu dan memohon untuk tidak disebarkan kenyataan palsu berkenaan.
Premis itu merupakan bilik gerakan calon PN DUN Telok Mas iaitu Datuk Rafiq Naizamohideen yang akan bertanding dengan calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat daripada Pakatan Harapan (PH), dan calon Bebas iaitu Muhammad Ariff Adly Mohammad, di N23 DUN Telok Mas, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.