Takiyuddin positif Covid-19

MENTERI Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan positif Covid-19.

Status kesihatan beliau disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di dalam Dewan Rakyat pada Khamis.

Wan Junaidi pada sesi tersebut menjelaskan beliau mewakili menteri itu bagi menjawab soalan dikemukakan Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan mengenai Harimau Malaya.

“Saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih terkena penyakit Covid-19, saya dimaklumkan bahawa saya ambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini pada pagi ini,” jelas beliau.

Terdahulu, Che Alias meminta kerajaan menjelaskan mengenai usaha kementerian memastikan Harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak akan pupus.

Takiyuddin sebelum ini pada September, pernah menjalani kuarantin kerana kontak rapat dengan pesakit Covid-19.