SERAMAI 22.25 juta individu (95 peratus) populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sejumlah 97.5 peratus (22.84 juta) individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 131,240 dos vaksin harian telah diberikan semalam melibatkan 37,689 suntikan dos lengkap; 7,650 menerima dos pertama dan 85,901 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,804,374.
Setakat semalam juga 2.44 juta (77.6 peratus) individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 86.6 peratus (2.73 juta) individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 731,635. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.