SEJUMLAH 6,323 kes baharu Covid-19 dengan 53 kematian (termasuk kes telah mati ketika dibawa ke hospital (BID)) dicatatkan hari ini di seluruh negara
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipaparkan di laman web COVIDNOW, daripada 53 kematian yang direkodkan 10 daripadanya adalah BID.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, angka kes baharu yang dicatatkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kini 2.53 juta kes. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.