Bersesuaian dengan keadaan semasa, stesen TV AlHijrah bakal mengadakan pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti dengan nama Hijrahku Laguku.

Pertaruhan yang dibuat oleh stesen berkenaan dilihat bersesuaian dengan konsep dakwah yang lebih kreatif dan seiring dengan peredaran zaman tetapi masih selari dengan tuntutan syarak.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata program yang dilancarkan ini bersesuaian dan menarik minat penonton untuk terus mengikutinya.

“Kami berharap Hijrahku Laguku bakal menjadi fenomena yang mampu membentuk masyarakat serta memberikan impak kepada pembangunan jiwa ummah.
“Simbiosis kukuh antara manusia dan seni muzik tidak dapat dinafikan. Manusia sedara fitrah mudah tertarik kepada bunyi-bunyian yang menenangkan jiwa ditambah dengan seni persembahan yang memberikan kedamaian,” kata Namazee.
Menariknya pertandingan realiti yang mengangkat tema Journey Back To Him bakal disertai oleh barisan artis popular tanah air yang akan. Semula pada setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 20 November depan.

Barisan artis yang terlibat pula terdiri daripada Datuk Nash Lefthanded, Iwan Shahman, Mark Adam, Pengeran Adam, Zaf VE, Shahir Zawawi, Zack Kool dan Rahmad Mega.
“Kami yakin rancangan ini mempunyai kekuatan dan memenuhi kehendak jiwa manusia yang sukakan muzik. Ditambah dengan elemen hiburan Islamik dan dakwah kontemporari, ia kena dengan penonton,” katanya.
Mengenai pemilihan artis yang terlibat pula, Namanzee berkata pihaknya telah membuat beberapa penilaian awal mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh stesen.
Mereka turut menilai beberapa faktor utama termasuklah kisah penghijrahan mereka yang unik serta mendorong mereka untuk menjadi manusia yang baik.

“Selain hijrah mereka yang mempunyai pelbagai kisah menarik dan memberikan pengajaran, kita juga yakin bakat, aura, karisma dan kekuatan juga dinilai pada peringkat awal.
“Saya berharap Hijrahku Laguku mampu diterima ramai dan menjadi ikutan penonton bila ditayangkan nanti,” tambahnya lagi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.