Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis berkas empat beradik rogol adik tiri 13 tahun -

Polis berkas empat beradik rogol adik tiri 13 tahun

POLIS menahan empat beradik lelaki yang dipercayai merogol adik perempuan tiri mereka yang berusia 13 tahun sejak lebih tiga tahun lalu.

Perbuatan tersebut dilakukan secara bergilir-gilir di rumah mereka di Kubang Pasu.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 36 tahun itu akhirnya ditahan di lokasi berasingan di daerah ini iaitu dua daripadanya pukul 5 petang semalam manakala dua lagi sekitar pukul 1 dan 2 petang kelmarin.

Difahamkan, empat beradik itu daripada bapa yang sama namun berlainan ibu dengan remaja perempuan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, mereka ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017. – SB