Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pernah dikaitkan bersama, Shahir doakan Erra bahagia -

Pernah dikaitkan bersama, Shahir doakan Erra bahagia

Tidak terkejut jauh sekali kecewa dengan berita yang bertebaran sebelum ini tegas penyanyi Shahir Zawawi ketika diminta mengulas mengenai gosip yang mengaitkan Erra Fazira dengan seorang ahli politik yang bertebaran baru-baru ni.

Kata lelaki ini lagi dia tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kebahagian Erra yang pernah dikaitkan bercinta dengannya sebelum ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak pasti dengan kesahihan gosip tersebut. Saya sendiri sibuk dengan urusan kerja dan hanyar terdengar sahaja berita tersebut.

“Sudah tentu saya sendiri tak pasti kesahihan cerita tersebut memandangkan ia disampaikan oleh orang lain. Kalau betul dia dah kahwin, itu kan benda baik. Kita doakan sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut lagi, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat primadona filem Melayu tersebut dan tidak apa yang harus dikesalkan jauh lagi kecewa.

“Kalau ada keikhlasan dalam berkawan dengan seseorang dan terjadi sesuatu yang baik kepadanya, kita patut gembira,” katanya ketika ditemui sempena sidang media program Hijrahkan Laguku anjuran TV Al-Hijrah, Selasa.

Terdahulu, timbul gosip mengaitkan nama Erra yang dikatakan sudah bernikah dan menjadi isteri kedua kepada ahli politik berkenaan.

Meskipun tiada pengesahan gosip berkenaan, nama Shahir tetap dikaitkan memandangkan dia antara lelaki yang dikaitkan dengan wanita tersebut sebelum ini.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru pula, Shahir menegaskan yang dia tidak mahu lagi memikirkan soal peribadi sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya sahaja.

“Biarlah saya fokus dengan kerjaya sahaja dan jangan kaitkan dengan sesiapa lagi. Saya ada masalah nak fokus kepada dua benda berbeza.

“Kalau boleh biarlah saya dahulukan kerja agar tiada gangguan. Ini bukan nak lari daripada masalah sebaliknya tidak mahu memanjangkan sahaja,” katanya.