Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengarah sahkan ‘Squid Game’ bakal muncul musim kedua -

Pengarah sahkan ‘Squid Game’ bakal muncul musim kedua

RANCANGAN popular Netflix “Squid Game” bakal kembali untuk musim kedua, kata penulis dan pengarahnya Hwang Dong-hyuk.

“Banyak tekanan, permintaan dan kasih sayang daripada peminat untuk musim kedua, jadi saya tiada pilihan, boleh saya katakan di sini memang akan ada musim kedua,” lapor Agensi Berita Yonhap.

Hwang berkata demikian dalam temu bual dengan Associated Press pada satu acara di Los Angeles pada Selasa.

Beliau sebelum ini memberi bayangan kemungkinan ada musim kedua untuk rancangan itu namun tidak mengesahkannya. 

“Ia ada dalam minda saya sekarang. Saya sedang dalam proses perancangan.

“Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk beri tahu bila dan bagaimana ia akan dibuat. Jadi saya janji kepada anda semua, Gi-hun akan kembali dan dia akan lakukan sesuatu untuk dunia,” katanya

Rancangan thriller berbahasa Korea itu mengisahkan peserta bersaing untuk memenangi hadiah 45.6 bilion won (US$38.5 juta). Mula ditayangkan pada September, ia menjadi rancangan asal Netflix paling popular, menarik lebih 140 juta penonton dalam tempoh empat minggu pertama tayangan.- BERNAMA