Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Adly Zahari gagal dapat kebenaran mahkamah batalkan PRN Melaka -

Adly Zahari gagal dapat kebenaran mahkamah batalkan PRN Melaka

BEKAS Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November.

Adly yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil dalam permohonan untuk memulakan semakan kehakiman, juga telah memohon pengisytiharan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 pada 4 Oktober lepas, adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin ketika menolak permohonan Adly, memutuskan bahawa keputusan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka, tidak boleh diadili.

Hakim Noorin dalam penghakiman ringkasnya berkata berpandukan Perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, membenarkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, setelah tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN, untuk membuat keputusan memohon kepada responden keempat (Mohd Ali) bagi membubarkan DUN.

“Susulan permintaan responden pertama (Sulaiman), responden keempat (Mohd Ali) telah mempertimbangkan dan bersetuju dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 berkuat kuasa 4 Oktober lepas, kerana beliau diberi kuasa untuk berbuat demikian mengikut Perkara 19 (2) Perlembagaan Negeri,” kata beliau. – Bernama