[VIDEO] Pemandu hampir terbabas dibaling batu, polis jalankan siasatan

0
535

TULAR sebuah video yang memaparkan seorang pemandu hampir terbabas apabila kenderaan yang dipandunya dipercayai dibaling beberapa ketulan batu dari laluan bertingkat sehingga memecahkan cermin keretanya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihak polis telah mengesan satu hantaran video yang tular berkaitan kejadian sebuah kenderaan dibaling batu oleh individu yang tidak dikenali ketika melalui jambatan Bandar Darulaman, kilometer 32.6 Lebuh Raya Utara Selatan (U), Kedah.

“Satu laporan polis telah diterima bersangkut trafik Kubang Pasu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti suspek kejadian kerana mempunyai unsur khianat.

“Polis Kubang Pasu memandang serius berkaitan hal ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan, IPD Kubang Pasu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Video yang berdurasi 29 saat itu dimuatnaik di TikTok setelah dirakam dengan ‘dashcam’ kenderaan berkenaan.

Beberapa ketul batu telah dibaling dari sebuah jambatan yang menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin hadapan kenderaan berkenaan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan kejadian pemandu tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here