Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM lancar bilik gerakan PRN Melaka -

SPRM lancar bilik gerakan PRN Melaka

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bilik gerakan PRN Melaka itu beroperasi 24 jam di SPRM Melaka, di No. 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, Melaka.

Menurut SPRM, selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui e-mel kepada aduan.prnmelaka@sprm.gov.my atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – Bernama