
ASAM Pedas sememangnya sinonim dengan negeri yang kaya dengan sejarah iatu Melaka.
Berbicara tentang asam pedas, kalau ditanya pada orang Melaka, antara faktor utama yang perlu diambil ketika memasaknya ialah cili yang digunakan.
Bahan itu kata mereka, hendaklah memberikan rasa pedas-pedas sedap dan tidak meninggalkan rasa pijar pada mulut selepas dimakan dan memberikan warna merah yang menyelerakan ada masakan.
Maka, apabila memasak asam pedas itu perlulah diimbangkan dengan bijak antara cili api dan cili merah yang digunakan agar mendapat hidangan yang bukan sahaja menyelerakan untuk dilihat tetapi juga sedap juga mengenyangkan apabila dimakan.
Apa kena-mengenanya dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada 20 November ini?
Asam pedas itu lah negeri Melaka, calon-calon yang akan bertanding pada PRN itu pula adalah cili api dan cili merah yang menjadi ramuan utamanya.
Apabila dilihat pada ramuan yang dihidangkan oleh ‘tukang-tukang masak’ iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan DAP pada pilihan raya itu, tiga daripada empat parti dan pakatan politik yang meletakkan calon menggunakan nisbah cili api yang jauh lebih kecil berbanding cili merah.
BN walaupun mencanangkan mengetengahkan muka-muka baru tetap juga menggunakan pes cili lama dengan mengetengahkan beberapa muka lama, malah mereka yang pernah tewas dalam PRU14 juga turut dijadikan calon.
PH pula memilih untuk menggunakan pes cili kitar semula dalam ramuan hidangan asam pedasnya dengan menjadikan dua bekas Ahli DUN UMNO yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Melaka sebagai calonnya.
Jika itu menjadi pilihan pengundi, maka tidak menjadi satu kesalahan untuk menjangkakan hidangan asam pedas yang akan disiapkan sekadar cantik pada rupa ‘biasa-biasa’ sahaja pada rasa.
Bak kata orang, asam pedas yang bakal dihidangkan tiada beza dengan yang dahulu.
Berbeza dengan Pakatan Nasional yang menampilkan 43 peratus calon yang berumur 40 tahun ke bawah.
Tidak keterlaluan jika kita mengatakan cili baru tentunya rasanya lebih enak dan menyelerakan mana manakala pedasnya tidaklah keterlaluan dan memijarkan mulut.
Sedap sedap rasa kata orang.
Dan jika dilihat pada perubahan zaman ketika ini, kelompok pastinya mempunyai aspirasi dan idea-idea baharu yang boleh disesuaikan dan digunakan untuk membawa lebih banyak kebaikan kepada masyarakat.
Bagai menikmati hidangan asam pedas yang cantik imbangan ramuan cilinya yang mana apabila dimakan membuka selera dan memberi manafaat kepada si pemakannya.
Bukannya menyebabkan “mulut pijar perut sakit sehingga perut menjadi memulas-mulas sakit sehingga tercirit birit”.
Seperti yang terpaksa ditanggung oleh orang Melaka apabila PRN Melaka terpaksa diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.
Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.