Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi. -

PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi.

KESEMUA 28 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup 10 pagi ini.

Proses penamaan calon yang bermula 9 pagi berlangsung dalam suasana norma baharu, tanpa perarakan penyokong yang mengiringi calon sehingga ke pusat penamaaan.

Kebenaran hanya diberikan kepada calon, pencadang dan penyokong calon atau mana-mana dua orang daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka untuk masuk ke dalam pusat penamaan bagi mengemukakan kertas penamaan calon.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh akan mengadakan sidang media berhubung proses penamaan calon di Menara Persekutuan di sini, 11 pagi ini.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November, ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas, susulan empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita. – BERNAMA