Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Melaka Prihatin, pelan komprehensif atasi banjir, bekalan air, tumpuan manifesto PN -

[VIDEO] Melaka Prihatin, pelan komprehensif atasi banjir, bekalan air, tumpuan manifesto PN

MELAKA Prihatin bakal menjadi teras manifesto Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ini selari dengan kehendak rakyat selepas pandemik yang masih mahukan keprihatinan kerajaan yang bakal dipilih.

“Selain itu kita hendak mengembalikan semua kegemilangan negeri Melaka yang boleh ditambah baik, yang masih boleh diperbaiki dalam keadaan sekarang ini.

“Sebab itu kita tampilkan muka-muka segar yang mampu memberi kekuatan kepada kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang pencalonan pada PRN Melaka hari ini.

Rafiq yang juga calon PN bagi kerusi DUN Telok Mas berkata, PN juga bakal menawarkan pelan komprehensif mengatasi banjir dan bekalan air di Melaka.

“Masalah banjir di negeri Melaka satu masalah yang agak lama, yang tidak diselesaikan berkurun lama. Ini salah satu tumpuan kita selain pengurusan air.

“Sebelum ini kita terpaksa mencatu air, tidak dapat memberi keselesaan kepada rakyat. Rakyat susah menjalani kehidupan seharian. Masalah air termasuk banjir antara tumpuan kita,” katanya.