SEBUAH video yang memaparkan keadaan bilik hotel yang sangat kotor tular di media sosial hari ini.
Video berdurasi 21 saat yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Miera Nadhirah, menunjukkan keadaan bilik hotel yang sangat kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap sehingga menyukarkan kerja-kerja pembersihan.
“Bila lambat check-in hotel, meroyan, viral. Nak bilik siap sanitize (sanitasi) 10 kali sehari kalau boleh besar kuman pun tak ada. Takut konon, tapi bila check-out tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?
“Tak salah pun kalau mudahkan tugas housekeeping, hidup ini perlu toleransi.” tulis kapsyen video itu.
Perakam video tersebut turut menyatakan masalah kelewatan untuk daftar masuk juga sering terjadi apabila ada pelanggan yang lambat mendaftar keluar.
“Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check-out, yang nak check-in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.