[VIDEO] Semua 150,000 peranti selesai diagihkan pada 29 Oktober

PELAJAR tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh Muhammad Harrith Irfan Mohd. Daniel Timothy merupakan pelajar bertuah menjadi penerima ke-150,000 Peranti CERDIK yang diedarkan Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr. Razi Mat Jidin, dengan itu pengagihan peranti yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) itu telah disempurnakan sepenuhnya.

Tegas beliau, ini bermakna tiada lagi isu berbangkit mengenai pelaksanaan dan agihan Peranti CERDIK.

“Alhamdulillah pada 29 Oktober kesemua 150,000 peranti di bawah tabung CERDIK telah diagihkan

“GLC dan GLIC memberi sumbangan yang kemudiannya diselaraskan oleh Yayasan Hasanah, di mana yayasan ini akan menghantar peranti2 ini ke PPD di seluruh negara di mana ada penerima. KPM pula membantu mengenal pasti penerima dan juga mengagihkan peranti yang diterima daripada Yayasan Hasanah,” kata beliau kepada pemberita.

Bila berkata demikian selepas melakukan tinjauan kemasukan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.

Dr. Radzi menjelaskan, di peringkat awal mungkin berlaku sedikit kelewatan dalam konteks pengagihan peranti, khususnya apabila pada waktu itu, bukan sahaja Malaysia tetapi di seluruh dunia bekalan peranti tersebut agak terhad disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( (PKP) di negara-negara pengeluar.

Tambah beliau keadaan itu juga menyebabkan bekalan peranti mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan terjejas dan menyukarkan penyumbang ada spesifikasi tertentu dan mereka perlu mendapatkan bekalan tersebut.

“Pun begitu, akhirnya kita boleh lihat dari hari ke hari jumlah peranti yang diterima dan diagih itu meningkat Dan akhir sekali pada 29 Oktober, kesemua 150,000 peranti yang patut diagihkan telah diagihkan kesemuanya kepada murid2 yang telah dikenal pasti.

“Jadi, saya amat berharap supaya perkara ini tidak dijadikan sebagai satu isu memandangkan pengagihan peranti telah selesai dilaksanakan dan murid-murid pada waktu ini sedang menggunakan peranti tersebut di dalam pembelajaran mereka,” kata beliau. – SB