Ebit Lew sumbang dua lori tilam untuk mangsa banjir di Kedah

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew bermurah hati membantu mangsa banjir di Kubang Pasu dan Kota Setar, Kedah dengan menghantar bantuan berbentuk 250 tilam.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin, Ebit Lew turun padang beri sumbangan

Ebit menerusi satu hantaran di Facebooknya malam tadi berkata, kesemua tilam itu dihantar menggunakan dua buah lori dan akan diberikan terus kepada mangsa-mangsa banjir.

“Doakan ya. Kami hantar dua lori bawa 250 tilam ke Kubang Pasu dan Kota Setar kerana banjir.

“Berat ujian saudara kita yang ditimpa banjir. Kita bantu sedikit seorang insya-Allah. Semoga dimudahkan urusan dan dibantu Allah semuanya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mangsa banjir di negeri Kedah semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat seramai 823 mangsa daripada 232 keluarga pada Khamis lepas berbanding 793 mangsa dari 221 keluarga yang dilaporkan Rabu lalu.

Jumlah itu membabitkan keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri itu iaitu Kota Setar, Pendang, Pokok Sena dan Kubang Pasu. – SB