Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: BN bertanding di semua 28 DUN, tampilkan 86 peratus muka baharu -

PRN Melaka: BN bertanding di semua 28 DUN, tampilkan 86 peratus muka baharu

BARISAN Nasional (BN) akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Ketika mengumumkan senarai calon BN sebentar tadi, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hanya empat penyandang yang dipilih semula untuk bertanding.

Empat penyandang berkenaan ialah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Datuk Rahmad Mariman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Datuk Muhammad Jailani Khamis serta Datuk Zaidi Attan

Mohamad berkata, daripada 28 kerusi yang direbut, UMNO menampilkan 20 calon manakala MCA tujuh dan satu lagi milik MIC. Lima daripada mereka adalah calon wanita.

“Kali ini, 86 peratus calon adalah muka baharu, gabungan pelbagai latar belakang dan pengalaman,” katanya ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir kepimpinan komponen BN termasuk Datuk Seri Wee Ka Siong dan Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman itu sekaligus bakal menyaksikan banyak pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Mohamad Hasan berkata, jika BN kembali berkuasa di Melaka, Sulaiman akan dilantik semula sebagai Ketua Menteri Melaka.

Mengulas lanjut, katanya semua calon BN di PRN Melaka mesti menandatangani perjanjian untuk tidak lompat parti dan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang jika melanggar perjanjian. – SB