Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] PN tawarkan khidmat cemerlang, bukan janji bulan bintang: Muhyiddin -

[VIDEO] PN tawarkan khidmat cemerlang, bukan janji bulan bintang: Muhyiddin

Oleh Wan Aizat Jailani, Auzaee Athallah dan Muhammad Danial Affiq Safrizal

PENGUNDI di Melaka boleh menjadikan rekod kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara sebagai rujukan utama untuk menilai keupayaan serta kemampuan parti itu untuk memimpin kerajaan negeri Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendekatan prihatin kepada nasib rakyat serta melaksanakan apa juga perkara yang boleh membantu rakyat menghadapi waktu yang paling sukar dalam hidup mereka boleh dijadikan sandaran memilih kerajaan baharu.

“Saya tidak berniat untuk mendabik dada, tetapi lihatlah kejayaan yang kita capai hari ini dalam pengurusan pandemik dan bantuan untuk rakyat hasil daripada usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan PN.

“Inilah buku rekod kita yang akan kita bentangkan kepada rakyat negeri Melaka sebagai panduan untuk mereka membuat pilihan yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon dan Penyerahan Watikah di Shah Alam, hari ini.

Katanya, beliau akur PRN Melaka diadakan di waktu pandemik dan itu bukanlah sesuatu yang dijangka, namun, bagi memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan setelah DUN Melaka dibubarkan, semua pihak mesti menerima hakikat bahawa pilihanraya mesti diadakan.

Bagaimanapun tegasnya, PRN kali ini tertakluk kepada amalan norma baharu seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

“Kerana itu, PN telah melakukan persiapan untuk menghadapi pilihanraya ini termasuklah menyelesaikan perundingan kerusi dengan parti-parti komponen dan mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan untuk bertanding.

“Alhamdulillah, parti-parti komponen PN iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang diadakan semalam telah mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi dan senarai calon yang akan bertanding,” katanya.

Selaras dengan prinsip demokrasi dan tanggungjawab parti politik untuk menyertai pilihanraya serta kesedaran untuk menawarkan kepimpinan yang bersih dan berintegriti kepada rakyat, Majlis Tertinggi PN telah memutuskan akan bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka.

“Tujuan PN mengambil bahagian dalam PRN Melaka adalah untuk menawarkan kepimpinan dan khidmat bakti kepada seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini adalah selaras dengan asas penubuhan PN sebagai sebuah gabungan parti-parti politik Bumiputera dan pelbagai kaum yang melambangkan perpaduan semua golongan rakyat di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Muhyiddin akur, PN adalah sebuah parti politik yang baharu walaupun parti-parti komponennya seperti PAS, Gerakan dan SAPP telah lama ditubuhkan berbanding BERSATU dan STAR yang masih baharu.

Namun, tegasnya gandingan lima parti ini dalam PN telah berjaya membuka lembaran baharu dalam sejarah politik Malaysia.

“Saya yakin PN sebagai sebuah gabungan parti politik yang mewakili masyarakat Bumiputera dan pelbagai kaum di negara ini berpotensi untuk membentuk budaya dan amalan politik baharu yang lebih bersih, stabil, harmoni dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia.

“Kali pertama PN menyertai pilihanraya ialah dalam Pilihanraya Negeri Sabah pada tahun lalu. Alhamdulillah, walaupun baharu beberapa bulan ditubuhkan pada waktu itu, sambutan rakyat Sabah terhadap Perikatan Nasional adalah amat luar biasa.

“Saya percaya, berdasarkan kajian yang saya lihat dan pemerhatian saya sendiri ketika turun ke negeri Melaka, insyaAllah, pengundi di negeri Melaka juga akan memberikan sokongan yang luar biasa kepada Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang akan datang.

“Kita tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat. Tetapi kita mempunyai komitmen yang tinggi apabila diberikan mandat oleh rakyat, kita mesti melakukan yang terbaik.

“Kami akan memberikan yang terbaik untuk menunaikan tanggungjawab dan akan memastikan tiada sesiapa pun yang ketinggalan,” katanya.- SB