Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelajar IPTA dikhuatiri lemas dalam tasik -
Lemas

Pelajar IPTA dikhuatiri lemas dalam tasik

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AKTIVITI riadah sekumpulan lelaki yang melakukan aktiviti mendaki bertukar menjadi detik hitam apabila salah seorang daripada mereka telah terjatuh tebing dan masuk ke Tasik Tiga Beradik, Plentong, Johor Bahru, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pasir Gudang dikhuatiri lemas di tasik berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.20 pagi menyatakan terdapat seorang lelaki dewasa berusia 20-an dipercayai lemas.

Beliau berkata, mangsa difahamkan bersama kira-kira 40 rakannya melakukan aktiviti riadah mendaki di kawasan tersebut.

“Mangsa dipercayai melakukan aktiviti mendaki dikawasan tersebut. Ketika mereka ingin melintasi tasik dengan melalui tebing, mangsa telah terjatuh. 

“Rakan mangsa cuba membantu dengan menarik mangsa namun kehabisan tenaga dan pegangan tangan mangsa telah terlepas dari tangan rakan mangsa hingga menyebabkan mangsa tenggelam ke dasar tasik. 

“Selepas cubaan menyelamat gagal, salah seorang rakan mangsa kemudian menghubungi pihak bomba,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Saiful Bahri, 11 anggota dari BBP Johor Jaya dan Pasir Gudang digegaskan ke lokasi bagi usaha mencari dan menyelamat yang masih dijalankan sehingga kini. – SB