SOP PRN Melaka dijangka diumumkan Isnin ini

0
223

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dijangka mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) khas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada hari penamaan calon pada Isnin ini.

SPR berkata, buat masa ini belum ada sebarang SOP yang dikeluarkan dan dimuktamadkan.

“SOP akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada hari penamaan calon Isnin ini,” kata jurucakap SPR kepada BH Online.

Baca berita berkaitan: PRN Melaka: 254 borang pencalonan dijual – SPR

Minggu lalu, kerajaan negeri Melaka dilaporkan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) khas berkaitan PRN Melaka yang turut membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan SPR sebelum ia dimuktamadkan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan larangan aktiviti perhimpunan dan majlis sosial berkaitan pilihan raya bermula 25 Oktober lalu hingga 27 November ini.

Larangan itu dibuat berdasarkan peruntukan mengikut subperaturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini menetapkan hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November manakala 20 November ini sebagai hari pengundian.

Beliau berkata, tempoh berkempen pula adalah 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam 19 November.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here