Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pesara pensyarah rugi RM1.87 juta diperdaya 'Pegawai TM' -

Pesara pensyarah rugi RM1.87 juta diperdaya ‘Pegawai TM’

SEORANG pesara pensyarah rugi RM1.87 juta selepas diperdaya seorang lelaki yang menyamar ‘Pegawai’ Telekom Malaysia (TM), Selasa lalu.

Mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 80 tahun mendakwa, suspek sebelum itu memaklumkan namanya digunakan dalam aktiviti perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Superintendan Tan Poh Cheok, mangsa diminta untuk membuat beberapa transaksi secara pindahan berjumlah RM730,000 dan menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM).

“Selepas itu, wanita berkenaan mendapati terdapat transaksi pindahan wang daripada akaunnya berjumlah RM1.87 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, wanita berkenaan membuat laporan polis pada Selasa lalu dan polis sudah membuka kertas siasatan kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya.

Poh Cheok menasihatkan orang ramai mendapatkan butiran terperinci pihak berkuasa yang berhubung mengenai sebarang siasatan seperti nama dan pangkat pemanggil, selain tempat bertugas bagi mengelak menjadi mangsa Macau Scam.

“Mereka juga dinasihatkan membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi dan tidak mendedahkan maklumat akaun serta OTP dan TAC (laluan guna sekali dan kod verifikasi) kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon,” katanya.

Orang ramai mempunyai maklumat kegiatan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis berdekatan. – SB