Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu lori kanvas ‘bungkus’ penunggang motosikal hadir di IPD Sepang bantu siasatan -

Pemandu lori kanvas ‘bungkus’ penunggang motosikal hadir di IPD Sepang bantu siasatan

PIHAK subkontraktor dan pemandu lori yang terlibat dengan insiden dua penunggang motosikal ‘dibungkus’ oleh kain kanvas lori mereka yang tular tiga hari lalu, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi membuat laporan pada pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, mereka hadir ke IPD Sepang bagi membantu siasatan.

Katanya, pemandu lori terbabit memberikan kerjasama ketika hadir bagi membuat laporan dan memaklumkan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Noor Aehwan turut memaklumkan dua penunggang motosikal yang dipercayai warga asing terbabit di dalam insiden berkenaan masih belum tampil membuat laporan dan pihaknya sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan.

Terdahulu pada Khamis, media melaporkan Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Ramli Mohd Tahir tampil dan menjelaskan insiden yang hampir meragut nyawa kedua-dua penunggang motosikal berkenaan membaitkan lori sampah milik syarikatnya.

Menurutnya, KDEBWM menzahirkan rasa kesal dengan insiden yang berlaku dan telah mengambil tindakan keras terhadap subkontraktor, pemandu dan krew lori terbabit.

Video berdurasi 48 saat yang tular pada Rabu memaparkan kain kanvas yang menutup bahagian atas sebuah lori tercabut sebelum melayang ke arah motosikal yang ditunggang oleh dua orang lelaki sehingga mengakibatkan mereka terbabas setelah ‘terbungkus’ oleh kain berkenaan ketika menunggang.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Kenapa cuai sangat? – dua nyaris maut ‘dibungkus’ kanvas lori sampah

Nyawa kedua-dua lelaki berkenaan hampir melayang apabila mereka yang terbabas dan terjatuh dari motosikal hampir digilis oleh sebuah trak tanki minyak petrol yang dipandu di laluan sebelah kiri jalan raya.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kilometer 33.5 Jalan Puchong berhampiran susur menghala Kajang, dekat Sepang itu telah mendapat perhatian orang ramai yang mengecam tindakan pemandu lori tersebut di atas kecuaian mereka yang tidak mengikat kain kanvas dengan ketat dan betul sebelum memulakan perjalanan.–SB