Khidmat PN Sarawak melangkaui PRN

0
264

PERIKATAN Nasional (PN) Sarawak bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, katanya Pengerusinya, Jaziri Alkaf Abdillah.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada gerak kerja PN negeri yang melaksanakan khidmat untuk rakyat tanpa perlu menunggu PRN.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung soal pembahagian kerusi.

“PN Sarawak bersedia untuk berhadapan dengan PRN ini kerana pihak kami melaksanakan khidmat untuk rakyat tanpa perlu menunggu PRN.

“Konsep politik kami jelas iaitu politik khidmat dan politik matang adalah menjadi pegangan kerana yang perlu diutamakan adalah rakyat Sarawak dan ia melangkaui PRN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca berita berkaitan: PAS guna lambang Perikatan Nasional di PRN Melaka

Jaziri berkata kerajaan Sarawak yang dipimpin Abang Johari memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

“Oleh itu saya berharap adalah wajar bagi kita memberi sokongan kepada beliau sekali lagi untuk meneruskan perkhidmatan dan agenda pembangunan untuk semua rakyat Sarawak.”

Dalam pada itu, Jaziri turut menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan PRN dalam situasi Covid-19 dan mengingatkan keadaaan ketika ini berbahaya selain berharap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan kadar segera.

“Yang penting soal keselamatan dan SOP perlu jelas dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana kita baru sahaja kembali menjalani kehidupan normal,” katanya.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menamatkan darurat di Sarawak, memberi laluan kepada PRN yang tertangguh berikutan situasi Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here