WARGA emas yang mengelar anaknya disebabkan pertengkaran mengubah saluran televisyen di rumah mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam dekat sini semalam direman tujuh hari untuk membantu siasatan.
Baca berita berkaitan: Sanggup kelar leher anak kerana tukar siaran televisyen
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Ridzuan Khalid ketika dihubungi memaklumkan tempoh reman terbabit ke atas suspek berusia 71 tahun.
“Reman tujuh hari mulai hari ini hingga 10 November ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ridzuan berkata, semasa kejadian hanya suspek dan anaknya berusia 37 tahun berada di rumah. Terdahulu, media melaporkan polis menerima laporan pada 12.55 tengah hari semalam daripada suspek berhubung penemuan anaknya yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu.
Mangsa ditemukan dalam keadaan leher luka selain darah keluar dari kepala. Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar yang dalam dan ia bukan bunuh diri.
Suspek ditahan polis susulan serbuan di rumahnya selain pisau digunakannya untuk mengelar mangsa dirampas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.