PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Tiada kawalan keselamatan, netizen terkejut Perdana Menteri solat di saf belakang
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut gembira melihat kemeriahan Deepavali yang diraikan dalam norma baharu tahun ini.
“Kaum India beragama Hindu, menyambut sahabat handai rakyat Malaysia daripada kaum lain dengan semangat Keluarga Malaysia di majlis rumah terbuka mereka.” tulis beliau di laman Facebook.
Menurut beliau, inilah uniknya semangat Keluarga Malaysia kerana setiap perayaan adalah peluang keemasan bagi mengukuhkan hubungan antara kaum, memelihara keharmonian dan mengeratkan perpaduan.
Beliau juga sempat mengingatkan kepada sesiapa yang bercuti hari ini supaya bergembira bersama keluarga dan sentiasalah jaga keselamatan diri dan orang tersayang. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.