Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kenapa cuai sangat? - dua nyaris maut ‘dibungkus’ kanvas lori sampah -

[VIDEO] Kenapa cuai sangat? – dua nyaris maut ‘dibungkus’ kanvas lori sampah

KECUAIAN pemandu lori sampah mengikat penutup kanvas trak sampah dengan kemas mengakibatkan dua penunggang motosikal nyaris maut. 

Baca berita berkaitan: Pemandu pengsan punca kenderaan 4×4 terbabas

Semalam, tular video di media sosial yang memaparkan kejadian 

kanvas sebuah lori tercabut sebelum melayang terkena penunggang motosikal yang berada di belakang lori. 

Kanvas itu ‘’membungkus’ penunggang serta pembonceng motosikal dan menyebabkan mereka terjatuh. 

Menerusi video berdurasi 48 saat yang dikongsi di Facebook Sukan Star TV, kelihatan motosikal itu terbabas selepas dibungkus kanvas lalu terlanggar sebuah treler petroleum lain di sebelah kiri jalan. 

Video yang dirakam melalui perakam kamera sebuah kenderaan itu menunjukkan, penunggang serta pembonceng motosikal terjatuh ke sebelah kanan jalan. 

Pemandu kenderaan yang merakam kejadian sempat menghentikan kenderaannya dan mengelak daripada melanggar kedua-dua mangsa. 

Sebaik saja terjatuh, penunggang motosikal terus bangun manakala pemboncengnya masih terbaring di dalam selimut kanvas bersama motosikal berkenaan. 

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dikatakan selamat. .

Berdasarkan rakaman video, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada jam 8 pagi di laluan menghala ke Putrajaya dari arah Puchong, Selangor. 

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang mengecam tindakan pemandu lori tersebut kerana tidak mengikat kanvas itu dengan betul.

Bukan itu sahaja, lori itu juga dilihat tidak menghentikan kenderaan malah meneruskan perjalanan. – SB