Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPR akan adakan mesyuarat khas PRN Sarawak -

SPR akan adakan mesyuarat khas PRN Sarawak

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) sudah menerima pemakluman rasmi berhubung Proklamasi Darurat bagi Sarawak dibatal dan diungkaikan, sekali gus akan mengadakan mesyuarat khas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata pemakluman rasmi itu diterima daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg, selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan, semalam, termaktub bawah Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021.

Katanya, berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatal atau diungkaikan.

“Bawah Seksyen 3(4) ordinan sama, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatal atau diungkaikan.

Sehubungan itu, katanya SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya itu. Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Untuk rekod, Proklamasi Darurat bagi Sarawak yang antara lain bertujuan mengawal penularan wabak Covid-19 sepatutnya berakhir pada Februari 2022 tetapi ditamatkan lebih awal. – SB