Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Selamat bertunang, Usop sedia bergelar suami tahun depan -

Selamat bertunang, Usop sedia bergelar suami tahun depan

“INSYA-Allah kalau mengikutkan perancangan kami merancang untuk bernikah pada Februari tahun hadapan. Saya memang nak kahwin cepat tapi ada tugasan dan komitmen kerja yang belum selesai,” ungkap Ucop sebaik sahaja selesai majlis pertunangannya hari ini.

Usop yang dicungkil bakat melalui program Mentor Millenia 2017 mengakui sudah dua tahun mengenal hati budi gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim.

Jelas tergambar kegembiraan di wajah lelaki berkenaan apabila majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup di Sungai Dua, Pulau Pinang itu berjalan lancar dengan kehadiran keluarga terdekat.

“Dari semalam saya memikirkan tentang majlis ini, gementar juga tapi bersyukur semuanya berjalan lancar. Lepas ni kena fikir untuk majlis kahwin pula,” katanya.

Mengimbas kembali pertemuan mereka, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor berkenalan dengan bakal isterinya ketika menghadiri rumah terbuka seorang rakannya dia Kedah, dua tahun lalu.

Ketika melihat Fatihah buat kali pertama, dia sudah terpikat dan meminta akaun Instagram untuk memulakan persahabatan.

“Tidak lama kemudian kami bertukar nombor telefon dan saya luahkan perasaan nak berkahwin. Saya sendiri tak sangka hubungan kami akan sampai ke fasa serius.

“Beberapa bulan lalu kami mula serius dan berbincang soal majlis perkahwinan dan sebagainya. Dah hari ini kami selamat bertunang,” katanya yang pernah menyertai pertandingan Big Stage musim ketiga.

Pun begitu, penyanyi yang popular dengan lagu Lenyap ini bersyukur kerana bakal isterinya itu banyak memberikan semangat kepadanya untuk terus berjaya pada masa hadapan.

“Kami kenal dari zaman saya tak ada apa-apa (harta) lagi. Susah senang bersama dan dia sentiasa bagi sokongan. Dia juga banyak mengubah penampilan saya sekarang,” tambahnya – SB