Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pembatalan proklamasi darurat Sarawak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan -

Pembatalan proklamasi darurat Sarawak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan

PEMBATALAN Proklamasi Darurat untuk Sarawak yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam adalah selaras dengan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, menurut Warta Kerajaan Persekutuan.

Warta bertarikh 3 November itu menyebut Seri Paduka bertitah bahawa keperluan Proklamasi Darurat (Sarawak) 2021 yang diisytiharkan pada 29 Julai lepas telah berakhir dan suatu tindakan untuk membatalkan proklamasi itu adalah dikehendaki.

Proklamasi Darurat (Sarawak) 2021 yang berkuat kuasa 2 Ogos sehingga 2 Februari 2022 diisytiharkan berikutan jangkitan wabak COVID-19 yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dan untuk menghalang daripada terus merebaknya penyakit itu jika pilihan raya negeri diadakan.

Seri Paduka bertitah pembatalan proklamasi itu dibuat setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak menurut subseksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021. – BERNAMA