Isu curang, isteri Shuk Sahar mahu failkan penceraian…

0
699

Di sebalik kekecohan kisah kecurangan melibatkan Shuk Sahar sehari yang lalu, rupanya-rupanya isteri kepada pelawak berkenaan mengesahkan mereka sudah sebumbung tidak tinggal sebulan dan sedang dalam proses memfailkan penceraian.

Baca berita berkaitan: Kantoi lagi? Isteri Shuk nafi wanita itu dirinya

Tegas Rossa Serra, dia sudah sudah tidak mampu melalukan apa-apa sementelah sudah lima tahun berhadapan dengan konflik rumah tangga yang tidak berkesudahan.

“Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.

“Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat? Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.

“Dia suka memanipulasi dan itu membuatkan saya sering memaafkannya. Apabila terbongkar begini, orang di luar sana yang berkongsi dan bertanya kepada saya,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Semalam, nama Shuk kembali panas apabila ada peminat terserempak dengan pelawak berkenaan di Pulau Pinang. Mereka bertanyakan kepada Rossa adalah dia wanita yang ada bersama Shuk ketika itu.

Menafikan dia wanita yang dimaksudkan akhirnya membawa episod baharu yang mereka sudah tidak tinggal bersama sejak sebulan yang lalu.

Tambah Rossa, dia sudah memikirkan masak-masak mengenai keputusan untuk berpisah dan tidak lagi mahu mempedulikan pandangan pra b liar terhadap isu berkenaan.

“Apa yang penting kali ini saya tegas dengan keputusan untuk berpisah. Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat.

“Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja. Tempoh sebulan berjauhan ini memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih mendalam.

“Keluarga juga tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana apa pun keputusan terletak di tangan saya. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here