[VIDEO] Itu duit palsu: Iqbal

AHMAD Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial apabila tular video yang memaparkan usahawan ini menguis wang kertas yang bersepah di lantai dengan kakinya sebelum memijak dan membiarkannya.

BACA BERITA BERKAITAN: Iqbal kongsi isi hati menerusi Hujan

Namun, Iqbal hari ini tampil menjelaskan tentang kejadian tersebut di laman Instagramnya.

“Jadi situasinya begini, ketika itu di Rusa Music production dalam studio saya bersama dengan 5 ke 6 orang artis lain datang ke studio untuk buat rakaman dan ketika video itu dirakam duit itu memang dah berterabur memang digunakan oleh artis-artis yang lain. 

“Jadi bukan saya yang taburkan duit dan itu pun bukan duit saya malah duit itu sebenarnya bukan duit yang betul.” jelasnya.

Menurut Iqbal, duit yang dipijak itu hanyalah prop untuk kegunaan artis-artis di Rusa Music Production.

“Tidak sangka yang video itu dirakam dan di post. Tapi saya tak salahkan video itu dikongsi cuma kelakuan saya itu menampakkan seolah saya ini tidak bersyukur dan terlalu tidak baik.” katanya.

Iqbal turut berkata bahawa dia sendiri tidak tahu nak buat apa memandangkan video itu dah tersebar dan beliau juga menyatakan beliau kalau nampak duit 10 sen depan mata pun beliau tidak akan langkah duit itu lagi-lagi memijaknya. 

Meskipun begitu, Iqbal tetap memohon maaf atas perbuatan tersebut yang telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan menyingung perasaan orang lain. – SB