Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
48 pengunjung dua premis dikompaun RM240,000 -

48 pengunjung dua premis dikompaun RM240,000

SEBANYAK 48 pengunjung di dua premis hiburan di ibu kota dikenakan kompaun sebanyak RM240,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa Empat pada tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata dalam serbuan itu kedua-dua pemilik premis hiburan berkenaan turut dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 setiap seorang.

Beliau berkata 30 pengunjung dikompaun di pusat hiburan pertama dan 18 pengunjung dikompaun di pusat hiburan kedua.

“Kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam).

“Saringan air kencing turut dilakukan terhadap 23 pengunjung premis hiburan pertama bagaimanapun keputusan semuanya negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.- BERNAMA