Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
‘Saya kehilangan seorang sahabat baik’- Muhyiddin -

‘Saya kehilangan seorang sahabat baik’- Muhyiddin

PENGERUSI Parti Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa sedih dan hiba setelah menerima berita pemergian Tan Sri Datuk Dr. James Jemut Masing hari ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Muhyiddin berkata, segala jasa dan bakti mendiang kepada negara dan negeri Sarawak khususnya, tidak terhitung nilainya serta menyifatkan kehilangannya amat dirasai.

Menurut beliau, sebagai Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), mendiang merupakan seorang tokoh politik yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan mengunjung integriti, serta bekerja eras demi kemajuan serta kemakmuran negara dan negeri Sarawak.

“Perikatan Nasional amat menghargai sumbangan beliau sebagai seorang negarawan berjiwa besar yang banyak membantu mengukuhkan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan negara.

“Saya yang secara peribadinya telah kehilangan seorang sahabat baik, berharap seluruh ahli keluarga mendiang agar dapat tabahkan hati menghadapi saat yang menyedihkan ini,” katanya.

Mendiang James Jemut Masing dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 7 pagi Ahad akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19 di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Mendiang merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh dan meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Fiona Masing serta dua orang anak.–SB