Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Warga emas maut digilis lori -
Maut digilis

Warga emas maut digilis lori

SEORANG warga emas maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya digilis lori selepas terlibat kemalangan di Kilometer 35.5 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, Kuala Langat, semalam.

Semasa kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, warga emas lelaki berusia 70 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha Y10SS2 dalam perjalanan dari arah Banting menghala ke rumahnya di Kelanang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, semasa tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai melanggar pembahagi jalan segi tiga selekoh (arah Sungai Lang) lalu jatuh di lorong sebelah kiri Jalan Banting menghala ke Morib.

“Mangsa kemudian digilis di bahagian kepala oleh lori. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Menurut saksi yang melihat kemalangan itu, mangsa melanggar pembahagi jalan yang berada di kiri jalan sebelum terjatuh di permukaan jalan di lorong kiri kemudian digilis lori berkenaan.

“Saksi bagaimanapun tidak sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan terbabit kerana selepas kejadian ia tidak berhenti dan hanya meneruskan perjalanan. Ini merupakan kemalangan langgar lari,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ahmad Ridhwan berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Banting untuk tujuan bedah siasat yang akan dijalankan hari ini selepas mendapat keputusan Ujian PCR Covid-19.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian (017-3012621 atau 03-31872222). – SB