Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PGA9 rampas 21 ekor anak anjing seludup bernilai RM168,000 -

PGA9 rampas 21 ekor anak anjing seludup bernilai RM168,000

BATALION 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 21 ekor anak anjing bernilai RM168,000 dipercayai daripada baka yang sukar diperoleh di negara ini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA9, Superintenden Nor Azizan Yusof berkata, rampasan dilakukan selepas sepasukan anggotanya berjaya memintas sebuah pacuan empat roda berdekatan Gual Nering, di sini, pada 6.30 pagi.

Beliau berkata, kegiatan itu pada awalnya dikesan di pangkalan haram Kubang Rambutan selepas anggotanya melihat sebuah pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik diekori, pemandu kenderaan bertindak melarikan diri ke laluan Rantau Panjang ke Pasir Mas. Kenderaan penyeludup kemudiannya mengubah laluan ke Taman Pertama dekat Gual Nering sebelum berjaya dipintas.

“Pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan jenis Pajero itu didapati ada sembilan unit sangkar mengandungi 21 ekor anak anjing…kesemua anak anjing itu kemudian dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Taman Bakti untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Azizan berkata, susulan kejadian itu seorang lelaki ditahan dan laporan telah dibuat di Balai Polis Rantau Panjang.

“Keseluruhan rampasan termasuk anak-anak anjing serta kenderaan dianggarkan berjumlah RM193,000 diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011,” katanya. – Bernama