Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kemunculan ‘Pak Belang’ di tepi jalan mengejutkan orang ramai -

[VIDEO] Kemunculan ‘Pak Belang’ di tepi jalan mengejutkan orang ramai

SEJAK beberapa hari lepas, video kemunculan harimau di Jemaluang, Mersing yang dimuat naik dalam Facebook Mohd Shahrom telah tular di media sosial dan membimbangkan orang ramai.

Menerusi video berdurasi seminit 39 saat yang tular, dapat dilihat seekor harimau yang sedang duduk di tepi jalan dan seekor lagi di dalam semak yang didakwa di Jemaluang, Mersing.

Namun, menurut page ‘Aku Budak Kluang’ di Facebook, pihaknya telah berhubung dengan pemilik gambar dan video kerana ada pihak yang telah mengubah cerita sehingga ada pengguna jalanraya takut untuk melalui Jalan Jemaluang.

“Untuk makluman semua gambar yang tersebar bukan di Jalan Jemaluang. Pemilik video mintak admin rahsiakan lokasi sebenar rakaman ini bagi tujuan keselamatan 2 ekor harimau ini.” tulisnya di Facebook.

Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin berkata kepada Sinar bahawa perkara tersebut masih dalam siasatan dan orang ramai diingatkan untuk berhenti membuat sebarang spekulasi.

Beliau juga berkata siasatan awal mendapati mungkin kejadian bukan di Jemaluang, Mersing seperti yang didakwa. – SB