Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Facebook tukar nama syarikat kepada Meta -

Facebook tukar nama syarikat kepada Meta

FACEBOOK pada Khamis mengumumkan menukar nama korporat syarikat itu kepada Meta sebagai sebahagian usaha penjenamaan semula.

Menurut laporan BBC, syarikat itu memaklumkan bahawa perubahan nama itu tidak terpakai pada platform individunya seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Pada tahun 2015, Google pernah menstruktur semula syarikat itu dengan menamakan firma induknya Alphabet, namun nama itu tidak diketahui.

Lapor agensi berita AFP, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata, nama syarikat induk ditukar kepada Meta untuk melambangkan masa depan yang melangkaui rangkaian media sosial itu.

“Kami mempelajari banyak daripada kesukaran dengan isu sosial dan hidup di bawah platform tertutup, maka inilah masanya untuk membawakan segala-gala yang sudah dipelajari dan membantu membina babak seterusnya.

“Saya ingin mengumumkan bahawa bermula hari ini, syarikat kami adalah Meta. Misi kami kekal sama. Aplikasi kami dan jenama masing-masing, tidak berubah,” kata Zuckerberg pada persidangan pembangunan tahunan syarkat itu. – SB