Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bajet 2022: Tiada duti import, cukai jualan kenderaan EV -

Bajet 2022: Tiada duti import, cukai jualan kenderaan EV

SATU lagi khabar gembira untuk rakyat dalam Bajet 2022.

Kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV) menerusi Bajet 2022.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini termasuklah pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus bagi kenderaan berkenaan.

“Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke
atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

“Kerajaan melihat potensi kenderaan EV yang memiliki ciri -ciri ‘energy efficient vehicle’ sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara,” katanya ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat tadi. – SB