SEBANYAK 261 lagi kes baharu COVID-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini dengan varian Delta mencatatkan angka tertinggi iaitu 259 kes jangkitan dari 20 Oktober hingga 28 Oktober.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain Delta, satu lagi varian VOC dikesan adalah Beta yang merekodkan dua kes.
Katanya, varian-varian kes ini dikesan hasil kajian berterusan oleh Institut PenyeIidikan Perubatan (IMR), Fakulti Perubatan (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC-UM). – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.