SEJAK kebelakangan ini tular di Facebook berkenaan dengan promosi MAE ini yang membuatkan orang ramai memuat naik kod rujukan mereka demi mendapatkan RM10.
Namun, ada juga segelintir yang ragu-ragu akan promosi tersebut kerana kerana bimbang ditipu sindiket dalam talian.
SatuBerita menghubungi Maybank untuk mendapatkan penjelasan mengenai kebimbangan orang ramai itu.
Maybank mengesahkan program itu adalah anjuran bank berkenaan.
Promosi tersebut adalah untuk pengguna MAE dengan memberi ganjaran RM10 kepada sesiapa yang mengajak rakan mendaftar untuk MAE menggunakan kod rujukan.
Promosi ini dikatakan bermula pada 18 oktober yang lepas dan tamat pada 5 januari 2022.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh layari laman web rasmi Maybank – https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/digital_banking/mae_promo_referral.page. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.