Oleh SatuBerita
SETELAH sekian lama ‘bersengketa’ selepas berpisah, penyanyi dan kompeser Anang Hermansyah dan Krisdayanti akhirnya memutuskan untuk kembali menjalinkan hubungan baik sesama mereka.

Semua itu berlaku apabila mereka yang masing-masing sudah mempunyai keluarga baharu, dilihat bertemu dalam sebuah acara tertutup sehari yang lalu.
“Doaku termakbul kerana dapat berkumpul bersama keluarga. Semoga ini bukan yang terakhir. Kita saling mendoakan dan menjaga antara satu sama lain,” ungkap Azriel yang juga merupakan anak kedua hasil daripada perkahwinan Anang dan Krisdayanti dalam Instagram miliknya.
Jelas kegembiraan bukan sahaja terpancar daripada Azriel tetapi juga kakaknya, Aurel yang juga merupakan isteri kepada Youtuber terkenal, Atta Halilintar. Dia begitu menikmati malam penuh kegembiraan itu apabila dapat berkumpul bersama setelah sekian lama.
Melalui hantaran di Instagram miliknya, dia memuat naik gambar bersama dengan Krisdayanti dan Ashanty yang juga merupakan ibu tirinya.
“Good night. Bersama calon nenek-nenek cantik,” tulisnya sambil meninggalkan emoji berbentuk hati.
Momen itu turut dirakamkan Ashanty yang menganggap pertemuan mereka kali ini begitu luar biasa dan mengatur percutian untuk keluarga besar mereka sedikit masa lagi.
Seperti mana yang diketahui umum, hubungan antara mereka renggang sebaik sahaja pasangan ini bercerai pada tahun 2009. Perbalahan terus tercetus di antara mereka sehingga membuatkan Aurel dan Azriel memilih untuk tinggal bersama bapa mereka.
Anang memilih penyanyi Asyanti sebagai isteri dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata. Manakala Krisdayanti pula memilih usahawan Timor Leste, Raul Lemos, juga dikurniakan dua orang anak.- SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.