Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
94.9% populasi dewasa lengkap divaksinasi -

94.9% populasi dewasa lengkap divaksinasi

SERAMAI 22.21 juta (94.9 peratus) daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (27 Oktober), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Sejumlah 22.84 juta (97.6 peratus) individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 147,242 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 123,182 suntikan dos lengkap, 18,493 menerima suntikan dos pertama manakala 5,567 menerima dos penggalak (booster) menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49.58 juta.

Jumlah kumulatif bagi penerima dos penggalak kini adalah 152,036.

Setakat semalam juga, sebanyak 1,951,450 atau 62 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 82.4 peratus atau 2,592,048 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – SB


  •