Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sudah move on, Dr. Hafiz mahu segera cari pengganti -

Sudah move on, Dr. Hafiz mahu segera cari pengganti

JIKA kebanyakan lelaki seusianya sudah berkeluarga atau memiliki kekasih hati tapi perkara tersebut belum dinikmati oleh doktor gigi yang satu ini. Luka lama putus cinta baru sahaja terubat dan kini dia sudah bersedia untuk mencari cinta baharu.

Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan Dr. Hafiz Zainal, pasti mengetahui dia banyak memberikan tumpuan terhadap kerjaya sebagai doktor gigi dan dalam masa yang sama bergelar penyanyi.

Tidak banyak kisah peribadi disingkap di dalam media massa dan kini dia lebih terbuka bercerita mengenainya kepada umum.

“Ini masa untuk saya mencari cinta baharu. Sekarang hati sudah terubat dan bersedia untuk kembali bercinta, buat apa terus bersedih. Saya kena mulakan semula,” katanya yang baru sahaja melancarkan lagu Tak Kira pada 15 Oktober lalu.

Jelasnya, lirik lagu tersebut memang diciptakan berdasarkan pengalamannya sebelum ini. Jadi tidak sukar untuknya menyudahkan kisah tersebut menjadi bait-bait lirik yang mudah difahami oleh semua orang.

“Saya sudah berusia 29 tahun dan orang lain sudah berpasangan. Hati pun sudah terubat untuk bercinta semula dan sebab itu juga saya kongsi segala rasa isi hati ke dalam lagu.

“Andai kata kekasih lama mendengar lagu ini, dia takkan faham dan tahu ini kisah kami. Ini bukanlah lagu sedih putus cinta sebaliknya lebih kepada feel sudah move on seperti sudah ada kekasih baharu,” katanya yang berharap dapat menemui orang baharu secepat mungkin.

Bercerita mengenai lagu pula, Dr. Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Zainal gembira perjalanannya sebaik sahaja menyertai program Big Stage musim ketiga berjalan baik.

Melalui program tersebut juga dia mengumpul peminat dan sudah menghasilkan beberapa single yang diterima baik oleh semua.

Jelasnya, dia berbangga apabila terlibat secara langsung dalam menghasilkan Tak Kira bersama Bunga Cantik dan Hang Nadim.

“Memang saya teruja dalam masa yang sama gementar dengan peluang yang diberikan. Terima kasih kepada Akim dan Stacy kerana memberikan kepercayaan kepada saya.

“Semuanya bermuka apabila saya melepak bersama mereka. Disebabkan saya bercerita tentang kisah cinta yang tak menjadi, mereka minta saya tulis lirik. Alhamdulilah semuanya berjalan baik,” katanya lagi. – SB