Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KKM pandang serius amalan periksa haid secara fizikal -

KKM pandang serius amalan periksa haid secara fizikal

KEMENTERIAN Pendidikan memandang serius berkenaan dengan isu amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau komited untuk memastikan amalan itu tidak terus berlaku di mana-mana institusi kementerian.

Beliau yang baru tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

“Saya ke sana bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

“Turut bersama saya adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid,” katanya menerusi perkongsian di Facebook malam tadi.

Katanya, kedatangannya adalah untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan.

Selain itu, beliau juga turut mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah dan beliau menyatakan bahawa beliau akan perhalusi perkara-perkara yang dimaklumkan semasa perjumpaan tersebut. – SB