Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Guru ditipu RM69,030 gara-gara beli kucing di Facebook -

Guru ditipu RM69,030 gara-gara beli kucing di Facebook

SEORANG guru tadika mendakwa kerugian RM69,030 gara-gara ingin membeli seekor kucing yang berharga RM900 menerusi media sosial, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, wanita berusia 25 tahun itu berminat untuk membeli kucing jenis ‘scottish’ dari Indonesia selepas ternampak iklan mengenai kucing tersebut yang diiklankan menerusi Facebook pada 23 Okt lepas.

“Kemudian wanita berkenaan berbincang menerusi telefon dengan persetujuan harga sebanyak RM900. Mangsa hanya perlu membayar separuh harga dan selebihnya akan dibayar setelah mendapat kucing tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aibee berkata, pada hari yang sama, wanita itu turut membayar wang pendahuluan sebanyak RM450 ke dalam akaun atas nama Tansiaupenga Siagian melalui pemindahan wang dan kemudian dimaklumkan bahawa kucing tersebut telah dihantar kepada mangsa.

Menurut beliau, wanita berkenaan telah diminta membuat beberapa bayaran sebagai prosedur sepanjang proses penghantaran kucing tersebut.

“Justeru, mangsa telah melakukan 14 transaksi ke dua akaun berbeza berjumlah RM69,030 sejak 23 hingga 24 Okt lepas,” katanya.

Aibee berkata mangsa membuat laporan polis semalam setelah menyedari ditipu selain bimbang dokumen seperti gambar kad pengenalan dan alamat rumah disalahgunakan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.  – SB