Covid-19: 84 kematian, 20 kes BID dicatatkan semalam

JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara semalam adalah 84 kes dengan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Data yang ditunjukkan portal COVIDNOW itu menunjukkan trend penurunan dalam kes kematian berbanding 92 kes yang direkodkan pada Isnin lalu.

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia yang direkodkan adalah 28,576.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.

Terdapat 584 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.

Kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 61.6 peratus, namun tiga negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Kelantan (77.4), Sarawak (75.9) dan Kuala Lumpur 70 peratus.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 305 kes setakat semalam. – SB