MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta orang ramai khususnya pelancong asing untuk mengenakan pelitup muka ketika berada di mana-mana lokasi awam di Malaysia.
Mengambil pepatah Inggeris, ‘Bila di Rome, lakukan seperti orang Roman’, Khairy meminta setiap individu untuk sentiasa mengenakan pelitup muka tanpa mengira perbezaan peraturan di tempat atau negara lain.
“Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter rasmi beliau.
Ciapan itu dibuat Khairy sebagai memberi maklum balas kepada video yang tular menunjukkan tindakan seorang pelancong asing yang dilihat gagal memakai pelitup muka ketika memasuki salah sebuah butik terkenal di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota.
RUJUKAN BERITANYA DI –
Menerusi video berdurasi 23 saat itu, wanita berbangsa asing itu juga dikatakan menuduh mereka yang memakai pelitup muka ini merupakan komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih kepada pekerja butik terkenal itu.
Pada masa sama, Khairy berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah terlibat berhubung kejadian itu.
Tindakan wanita itu turut mengundang rasa marah dalam kalangan pengguna laman media sosial selepas dia dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.