Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bajet 2022 perlu tumpu industri padi beras untuk capai sasaran 75% SSL -

Bajet 2022 perlu tumpu industri padi beras untuk capai sasaran 75% SSL

BAJET 2022 perlu memberi tumpuan kepada industri padi dan beras bagi memastikan negara mencapai sasaran tahap sara diri (SSL) beras negara lebih 75 peratus menjelang 2025 sebagai jaminan makanan untuk rakyat.

Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Azman Mahmood berkata, adalah diharapkan Bajet 2022 memberi fokus kepada industri berkenaan termasuk dalam usaha peningkatan dari segi subsidi input dan output bagi memberi manfaat kepada 300,000 pesawah.

Menurut Azman, subsidi input seperti baja dan racun padi bukit atau huma, dan insentif benih padi sah serta subsidi output seperti skim subsidi harga padi RM360 per metrik tan bersih padi yang dijual di kilang padi akan mampu meningkatkan lebih banyak pengeluaran sekali gus meningkatkan pendapatan petani.

“Tumpuan berterusan harus diberikan untuk memastikan pengeluaran padi dan SSL beras negara dipertingkatkan supaya tahap kebergantungan terhadap beras import dikurangkan serta usaha siap siaga hadapi krisis sekuriti makanan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Bajet 2022 Jumaat ini yang akan menekankan tiga fokus utama iaitu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan.

Azman berkata penggunaan kaedah Rice Check yang betul perlu digalakkan supaya baja-baja yang diberikan kepada para pesawah digunakan secara optimum dalam meningkatkan purata hasil sehektar nasional kepada tujuh tan metrik daripada purata hasil semasa 3.5 tan metrik ketika ini, dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) sekali gus mencapai sasaran SSL beras negara.

Rice Check adalah panduan untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. – SB